Learning Hub
ENG
BM
CHI
Soalan Lazim tentang Pelancongan ASEAN di sebalik Pembukaan Semula Sempadan Negara China
Dalam tempoh tiga tahun lepas, sektor pelancongan ASEAN telah dilanda salah satu kemerosotan paling teruk iaitu dalam ketibaan pelancong berikutan penularan Covid-19. Hotel kosong dan pantai juga tiada pengunjung.
Dengan pemansuhan sekatan perjalanan Negara China pada Januari 2023, apakah kesan potensi kehadiran semula pelancong Negara China kepada ekonomi ASEAN?
1. Sejauh manakah kepentingan sektor pelancongan terhadap ekonomi ASEAN?
Asia Tenggara menarik sejumlah pelancong yang besar setiap tahun kerana rantau ini kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan di samping mempunyai mercu tanda dan pemandangan yang menakjubkan.
Malah, industri pelancongan menjadi sumber pendapatan dan pekerjaan utama bagi kebanyakan ekonomi ASEAN. Pada 2019 iaitu tahun pra-pandemik, sumbangan sektor pelancongan kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara masing-masing dianggarkan antara 5.6% untuk Indonesia sehingga 22.5% untuk Filipina (Jadual 1). Sebelum pandemik Covid-19, pekerjaan dalam sektor pelancongan ASEAN menyumbang sehingga 20% daripada jumlah tenaga pekerja negara pada 2019.
Jadual 1. Sumbangan Sektor Pelancongan kepada Ekonomi ASEAN-6
Negara
|
Sumbangan Sektor Pelancongan Terhadap KDNK (%)
|
2019
|
2020
|
2021
|
Filipina
|
22.5
|
4.8
|
10.4
|
Negara Thai
|
20.3
|
8.2
|
5.8
|
Malaysia
|
11.7
|
3.6
|
4.1
|
Singapura
|
11.0
|
4.8
|
3.9
|
Vietnam
|
7.0
|
3.3
|
2.6
|
Indonesia
|
5.6
|
2.8
|
2.4
|
Sumber: World Travel & Tourism Council
2. Apakah kesan pandemik Covid-19 terhadap pelancongan ASEAN?
Memandangkan pelancongan adalah sektor utama untuk ekonomi ASEAN, sekatan pergerakan yang dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19 memberi impak yang besar pada hasil pelancongan rantau tersebut. Sebagai contoh, penutupan sempadan antarabangsa pada tahun 2020-2021 telah menyebabkan kemerosotan mendadak sebanyak 80% dalam perbelanjaan pelancongan di rantau Asia Pasifik, iaitu AS$90.6 bilion pada 2021 berbanding AS$441.2 bilion pada 20191.
Sepanjang tempoh yang sama, jumlah pekerjaan dalam sektor pelancongan ASEAN-6 dianggarkan jatuh sebanyak 5.2 juta pekerja daripada jumlah 32.1 juta2. Sehubungan itu, dengan pemansuhan sekatan perjalanan secara berperingkat, perbelanjaan pelancongan dalam rantau Asia Pasifik telah meningkat kepada AS$131.4 bilion pada 2022 dengan kedatangan semula 100.5 juta pelancong3.
3. Apakah trend sumbangan pelancong Negara China kepada pelancongan ASEAN?
Dengan pertumbuhan ekonomi Negara China yang kukuh, peningkatan kadar pendapatan dan permintaan yang semakin tinggi untuk pelancongan antarabangsa adalah antara sebab mengapa pelancong negara China menjadi sumbangan terbesar kepada pasaran pelancongan global. Pada 2019, pelancong Negara China telah membelanjakan kira-kira AS$255 bilion1 di seluruh dunia, dan 13% daripada jumlah tersebut dibelanjakan di negara-negara ASEAN. Oleh itu, pelancong Negara China telah menjadi sumber pendapatan pelancongan yang semakin penting di rantau ASEAN.
Dari 2010 hingga 2019, ketibaan pelancong Negara China di rantau ASEAN telah meningkat dengan purata kadar tahunan sebanyak 23% sebelum mencatatkan kemerosotan yang mendadak pada 2020 berikutan pandemik (Rajah 1).
Sementara itu, peratusan pelancong Negara China dalam jumlah pelancong di negara-negara ASEAN terpilih juga telah meningkat dari tahun 2010 hingga 2019 (Jadual 2) dengan menyaksikan Vietnam, Negara Thai dan Filipina menerima jumlah pelancong Negara China terbesar sepanjang tempoh yang sama.
Jadual 2: Bahagian Pelancong Negara China di Negara-negara ASEAN Terpilih
Negara
|
Pelancong Negara China / Jumlah Pelancong (%)
|
2010
|
2013
|
2015
|
2017
|
2019
|
Vietnam
|
17.9
|
25.2
|
22.4
|
31.0
|
32.2
|
Negara Thai
|
7.0
|
17.4
|
26.6
|
27.6
|
27.6
|
Filipina
|
5.3
|
9.1
|
9.2
|
14.6
|
21.1
|
Singapura
|
10.1
|
14.6
|
13.8
|
18.5
|
19.0
|
Indonesia
|
6.0
|
9.2
|
12.1
|
14.9
|
12.9
|
Malaysia
|
4.6
|
7.0
|
6.5
|
8.8
|
11.9
|
ASEAN-6
|
7.3
|
13.3
|
16.1
|
19.9
|
21.5
|
Sumber: AseanDataPortal
4. Apakah peluang pelaburan yang tersedia daripada potensi pemulihan pelancongan di ASEAN?
Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, industri-industri berikut diunjur untuk mendapat manfaat daripada jangkaan pemulihan pelancongan di ASEAN:
(a)
|
Hotel & Hospitaliti: Peningkatan permintaan pelancongan untuk penginapan akan membawa kepada kadar penginapan yang lebih tinggi di hotel dan penyedia penginapan yang lain.
|
(b)
|
Makanan & Minuman: Restoran, kafe dan penyedia makanan & minuman lain dijangka untuk mendapat manfaat daripada ketibaan pelancong yang lebih tinggi.
|
(c)
|
Pengangkutan dan Penyedia Pelancongan: Peningkatan dalam aktiviti pelancongan dapat memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan pengangkutan seperti syarikat-syarikat penerbangan dan sewa kenderaan serta penyedia perkhidmatan lain seperti pemandu pelancong dan pengusaha aktiviti riadah.
|
Rajah 2: Industri-industri yang Diunjurkan untuk Mendapat Manfaat daripada Pemulihan Pelancongan di ASEAN
5. Apakah trend terkini bagi ketibaan pelancong Negara China di rantau ASEAN?
Kedatangan semula pelancong Negara China di negara-negara ASEAN telah menunjukkan pemulihan secara berperingkat susulan pemansuhan sekatan perjalanan Negara China pada 8 Januari 2023. Pada S1 2023, ASEAN-5 mencatatkan kira-kira 1.0 juta pelancong Negara China, mewakili 17% daripada jumlah pada S1 2019. Maju ke hadapan, berdasarkan sasaran rasmi yang ditetapkan oleh kementerian pelancongan negara-negara ASEAN-5, jumlah ketibaan pelancong Negara China dijangka meningkat ke 13.0 juta pada 2023 berbanding jumlah 0.8 juta pada 2022 (Rajah 3).
Kesimpulan
Kesimpulannya, susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa Negara China pada Januari 2023, kita dapat melihat bahawa pelancong Negara China kembali ke destinasi percutian kegemaran mereka secara berperingkat dalam rantau ASEAN. Walaupun ia mungkin mengambil masa untuk pelancongan ASEAN pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik, namun potensi kedatangan semula pelancong Negara China serta peningkatan ketibaan pelancong dari negara lain dijangka akan menyumbang secara positif kepada ekonomi rantau tersebut dari masa ke masa.
1 United Nations World Tourism Organization (UNWTO)
2 World Travel & Tourism Council
3 United Nations World Tourism Organisation
Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan dan kesedaran serta tidak boleh dianggap sebagai satu tawaran atau usaha mendapatkan satu tawaran untuk membeli atau melanggan produk yang ditawarkan oleh Public Mutual. Tiada sebarang perwakilan atau jaminan dibuat oleh Public Mutual, dan Public Mutual tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti berhubung kait dengan ketepatan, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat yang terkandung di dalamnya.